Kami nak kongsikan beberapa tips untuk elakkan baju berkedut seribu lepas anda gunakan mesin pengering layan diri (Kredit kepada blog dan kedai DOBI MAI CUCI)
Perkara yang sering kita trauma selepas mengeringkan pakaian
di dobi layan diri ni ialah….Pakaian akan berkedut sejuta..Jenuh la orang umah
bising masa nak melipat nanti..
Tapi jangan risau sebab kami akan kongsikan tips untuk anda
atasi masalah ini.
1) Langkah pertama : Setelah mengambil baju dari mesih basuh
layan diri itu, kibaskan beberapa kali untuk leraikan sebarang gumpalan
kain.Jika ada gumpalan, kemungkinan besar pakaian tidak dapat kering dengan
sempurna.
2)Langkah kedua : Seterusnya, lipat pakaian tersebut dengan
lipatan besar kemudian susun di dalam mesin pengering tersebut. (Just lipat
simple sahaja, tak perlu ada ukuran or nak lipat lendit pun ya)
3)Langkah ketiga : Setelah siap dikeringkan, buka mesin
pengering dengan penuh senyuman sebab pakaian anda kering elok, tak kerepot dan
yang penting anda dah boleh balik dengan puas hati bersama kain-kain yang harum
tu.
P/S - Orang-orang Pendang dan sekitarnya bolehla cuba mendobi di Kedai Dobi Mai Cuci (Pendang Square, Kedah).