Wednesday 22 June 2016

TIPS ELAKKAN BAJU BERKEDUT LEPAS GUNAKAN MESIN PENGERING


Kami nak kongsikan beberapa tips untuk elakkan baju berkedut seribu lepas anda gunakan mesin pengering layan diri (Kredit kepada blog dan kedai  DOBI MAI CUCI)

Perkara yang sering kita trauma selepas mengeringkan pakaian di dobi layan diri ni ialah….Pakaian akan berkedut sejuta..Jenuh la orang umah bising masa nak melipat nanti..

Tapi jangan risau sebab kami akan kongsikan tips untuk anda atasi masalah ini.

1) Langkah pertama : Setelah mengambil baju dari mesih basuh layan diri itu, kibaskan beberapa kali untuk leraikan sebarang gumpalan kain.Jika ada gumpalan, kemungkinan besar pakaian tidak dapat kering dengan sempurna.

2)Langkah kedua : Seterusnya, lipat pakaian tersebut dengan lipatan besar kemudian susun di dalam mesin pengering tersebut. (Just lipat simple sahaja, tak perlu ada ukuran or nak lipat lendit pun ya)
 
3)Langkah ketiga : Setelah siap dikeringkan, buka mesin pengering dengan penuh senyuman sebab pakaian anda kering elok, tak kerepot dan yang penting anda dah boleh balik dengan puas hati bersama kain-kain yang harum tu.
P/S - Orang-orang Pendang dan sekitarnya bolehla cuba mendobi di Kedai Dobi Mai Cuci (Pendang Square, Kedah).




No comments: